Suka Makan Asap?








Salam, apa khabar semua?shah harap semua kawan-kawan dan pejuang-pejuang bangsa yang berada di luar sana berada dalam keadaan sihat dan sejahttera disamping insane-insan tersayang, ok, kali ini shah ingin tulis artikel shah dalam keadaan formal sikit berbanding artikel-atikel sebelum ini yang agak bersahaja.

Kepada semua pembaca blog shah, pada hari ini kita dapat menyaksikan tentang realiti kehidupan masyrakat kita khususnya kaum lelaki, yang begitu sinonim dengan ketagihan merokok. Gejala merokok ini mungkin diangggap biasa pada sesetengah orang,namun hakikatnya dalam agama Islam sendiri,terdapat beberapa fatwa yang mengatakan bahawa rokok itu haram!,,,jadi fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Umum mengetahui harga rokok dipasaran naik dari masa ke semasa, namun, kenaikan harga rokok yang berlaku pada hari ini seakan-akan tidak diendahkan oleh masyarakat hari ini khususnya masyarakat Islam yang sudah sebati hidup mereka sebagai perokok tegar, kerana mungkin mereka tidak ingat dan berfikir tentang musibah dan bahaya yang terkandung dalam sebatang rokok. Naik atau turun harga rokok sememangnya tidak memberi kesan kerana mungkin pada pandangan shah, maaf klu pandangan shah salah, kalau shah katakan masyarakat melayu hari semakin kaya-raya sehingga tidak tahu untuk salurkan duit itu ke haluan yang sebaiknya. Oleh itu kepada semua perokok melayu, beli rokok banyak-banyak kerana melalui pembelian rokok itu,kalian mampu bersedekah di jalan yang sebaiknya. Maaf kalau kata-kata shah itu mengguris hati mana-mana pihak.

Selain daripada itu, shah ada pandangan sendiri realiti merokok, mungkin kita tidak pernah melihat atau terbaca dalam mana-mana surat kematian penyebab kematian adalah kerana rokok, tetapi kita sebagai manusia yang mampu berfikir, jangan kita beranggapan rokok bukan penyebab kematian tetapi rokok adalah salah satu punca atau asas yang menyebabkan lahirnya atau munculnya penyakit dalam kita sebagai hamba Allah Taala pada hari ini. Kepada umat Islam, sememangnya rokok itu mendatangkan banyak keburukan dari kebaikan.

Shah faham dan sangat-sangat mengerti kehidupan perokok, shah mengaku, ayah shah juga merokok, tetapi sekarang Alhamdulillah ayah shah sudah berhenti dari merokok, bangga sangat-sangat dengan ayah. Tetapi kawan-kawan, ramai juga insan diluar sana sangat susah untuk berhenti apabila sudah mula merokok, shah pun tidak pasti kenapa dan mengapa aura rokok begitu kuat sekali, maklumla apabila sekali mencuba pasti mahu lagi, mungkin isi kandungan rokok banyak ubat yang berkhasiat dan sebab itu shah merasakan disebabkan khasiat-khasiat itu yang menyebabkan ramai perokok tidak boleh berhenti apabila telah mula merokok sampaikan boleh keluar ayat “kalau sehari tak merokok macam ade yang x kene”,,,,”rokok boleh hilangkan ttension”…. Bile merokok idea baru datang”,,,dan pelbagai lagi. Melalui kata-kata itu tadi memang dapat menggambarkan betapa “power” aura yang ada ada rokok, walhal banyaknya bahana rokok,mungkin mereka belum nampak,maklumla usia masih muda.

Selain itu kawan-kawan yang shah sangat-sangat sayang, ini mungkin mentaliti orang lelaki, kalau lelaki tidak merokok mereka tidak dianggap “macho”, tetapi apabila merokok baru diangkat menjadi “macho” oleh segelintir masyarakat ,tetapi, apa yang menghairankan fikiran shah, jika lelaki merokok dianggap “macho”,tetapi jika perempuan merokok? Dianggap hina dan serendah-rendah martabat! Maaf kalau kata-kata shah salah. Jom kita fikir sama-sama

Shah rasa, telah banyak kata-kata hati shah yang telah shah utarakan dalam artikel shah kali ini,kepada semua pembaca, rokok sememangnya lebih banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan, oleh itu, kita sebagai manusia yang telah dikurniakan akal oleh Allah Taala, perlu sentiasa bijak dalam mengatur gaya hidup kita, dan kalau boleh jauhilah rokok. Sebelum itu! Kepada insane-insan sememangnya telah merokok, dimana ada kemahuan di situ ada jalan, sama ada kita mahu atau tidak saja yang menjadikan kita mampu harunginya,perlahan-perlahan insyaALLAH,,,suatu hari nanti jika berusaha dan usaha untuk berhenti, pasti kalian akan kata “arghh x nakla rokok”

Ok kawan-kawan, apa yang dapat shah simpulkan melalui perkongsian shah di atas,apabila kita hisap asap rokok,kita sedut dengan penuh nikmat asap rokok tersebut,tp,,, apa yang akan keluar? Maksud shah keluar di sini, melalui asap rokok, akan mengeluarkan DUIT yang banyak, akan keluarkan PENYAKIT untuk datang dan yang paling penting sekali, akan keluarkan banyak KEBINASAAN. Oleh itu?bak kata Nabil Raja Lawak, “ PIKIRLAH SENDIRI”

Ok kawan-kawan itu sahaja perkongsian dari shah pada kali ini,shah minta maaf kalau ayat-ayat yang keluar kali ini agak formal dan insyaAllah nanti shah akan menulis lagi dalam perkongsian akan datang. ASSALAMUALAIKUM

0 comments: