MACAM ITIK VS AYAM=DOSA

Salam,waktu Shah tulis artikel ni,Shah sedang duduk atas kerusi dalam bilik,sambil mata meliar tengok keladi yang shah bela sejak 2 bulan yang lalu begitu subur sekali,kalau kawan-kawan ingin tahu,sebenarnya mak di kampung yang bekalkan keladi pulang ke kampus,sebab mak sangat – sangat mengetahui bahawa Shah merupakan “pencinta tumbuhan hijau dan sangat memerlukan tumbuhan hijau”. Pada ruangan kali ini,buat kesekalian kalinya,Shah ingin berkongsi tentang satu tajuk perkongsian yang bertajuk "sama seperti dia atas"……...Dalam konteks manusia sekarang,khususnya masyarakat melayu,memang tidak dapat lari dari sikap cemburu dan iri hati dalam diri masing-masing,sehinggakan dek kerana sifat cemburu,sesama melayu sanggup bermusuhan,sanggup bergaduh dan paling dahsyat,sanggup berbunuhan antara satu sama lain,realiti dan hakikat telah membuktikan bahawa tabiat orang melayu memang tidak dapat lari dari sifat ini.

Shah juga sangat suka untuk mewujudkan satu persoalan,kenapa mesti kaum melayu yang sinonim dengan sikap ini?jawapannya ada pada setiap pembaca yang baca artikel Shah ini,contoh-contoh mudah tentang sikap cemburu orang melayu sangat banyak sebenarnya,antara ada isteri yang cemburu apabila mendapat tahu suaminya lebih mengutamakan adik beradik kandungnya,ada juga yang abang yang cemburu melihat adik Berjaya dalam pelajaran dan perniagaan. Selain itu juga ada juga jiran-jiran yang cemburu apabila rumah kita lebih besar dan cantik,malah jika kita tukar kereta baru dan perabot kadang kala dipandang tidak senang oleh jiran kita,ramai manusia sesame Islam khususnya tidak senang melihat orang lain senang, pada hal sebagai umat Islam,kita ada bahagian tertentu dalam menikmati rezeki yang dikurnikan oleh Allah Taala

Shah tertarik juga untuk bawakan satu lagi contoh tentang sikap cemburu dan shah lihat sendiri perkara ini berlaku sewaktu shah menjalani latihan amali industri di sebuah organisasi,ada yang geram dan iri hati melihat kawan sepejabat begitu disenangi bos. Perkara yang Shah paling Shah tidak boleh lupa,disebabkan cemburu itu,mereka kutuk mengutuk sesama mereka,sampaikan bos menjadi mangsa kutukan mereka yang iri hati ini,dan akhirnya LAHIRNYA DOSA PERCUMA.

Memang istilah cemburu sangat subjektif maksudnya dan umum mempunyai tanggapan sendiri,akan tetapi tabiat ini harus ditangangi dengan bijak agar tidak mengganggu proses kehidupan kita sebagai manusia yang akhirnya melahirkan dosa.Shah mengaku bahawa coretan Shah ini adalah sesuatu yang sangat ringan dan dianggap biasa oleh sesetengah orang,tetapi apa yang shah dapat lihat CEMBURU jika tidak dikawal dengan betul,mampu memusnahkan dan menghancurkan bangsa seagama.

Shah juga mengaku bahawa shah juga tidak pernah lari dari siftaf cemburu.tetapi shah melihat cemburu ini dari segi positif,kalau kawan2 ingin tahu dan mungkin ada yg telah mengetahui,sikap cemburu sebenarnya jika dikawal dengan baik,mampu mencetuskan semangat dan kemajuan dalam hidup kita,contohnya Shah sendiri melihat kawan2 yang dapat pointer 3.6 k atas dalam peperiksaan,dan Shah mengaplikasikan rasa cemburu itu untuk berusaha dengan lebih baik dan maju dlm peperiksaan akan datang,,,oh!! Rupa-rupanya sikap cemburu ada juga baiknya,oleh itu…..kita sebagai para da’ie pada hari ini…..teruskan nasihat menasihati sesama manusia agar “ayam sentiasa senang hati dengan itik”.WASSALAM,,,,

0 comments: